Search This Blog

NATURAL REMEDI

NATURAL REMEDIAku bukanlah doktor pakar atau pakar perubatan.Ilmu ni aku dapat dari sebuah group lama sosial yang memang aku jadi pengikut setianya jika ada apa2 kemusykilan tentang kesihatan aku dan keluarga.

Banyak yang aku pelajari dari situ.Antara yang aku praktik kan adalah cara menyembuhkan selsema dan batuk untuk kanak2 tanpa bergantung ubatan dari klinik.


Semenjak anak dah bersekolah ni kerap juga along dapat selsema dan batuk.Bila along dah kena adik pun terkena sama.


Ditambah pula dengan keadaan cuaca yang semakin memburuk ni..So kurangkan aktiviti di luar rumah.


Meh nak share cara natural remedi yang boleh hilangkan selsema dan batuk ni


  • -bawang putih beberapa ulas di bakar
  • -minyak masak 3 sudu.Lenyekkan bawang putih yg sudah di bakar tadi ke dalam minyak masak.
  • -Boleh disapukan pada dada depan dan belakang badan anak.
  • -Sapu selepas mandi pagi,petang dan malam
  • -Biarkan juga minyak itu berada di dalam bilik tidur.


Ni aku buat untuk anak2.Takkan nak harap ubat klinik je.Ni la jalan penyelesaian pertama sebelum ke klinik.


Masa mula2 buat dulu risau juga along tak nak.Tapi bila dah sapu along cakap 

"eh sedap la mama.macam bau makanan". 
 Hahaha makanan je yang di ingatnyer..Alhamdulillah 2 hari sapu garlic oil tue pada dada along dan adik selsema dan batuk pun beransur pulih..

Ni testimoni sendiri.Semua ni atas usaha dan bantuan Allah jua...Jika Allah kata tak berkesan maka tak berkesan la...Jika Allah izinkan ianya berkesan maka berkesanlah ...


Yang penting niat kita kena betul.Inginkan kesihatan yang baik untuk keluarga sebab islam mementingkan kesihatan..


Adios,wassalam.

Ada sambungan lagi nanti.Natural remedi untuk penyakit lain pulak

INFO AM YANG WAJIB ANDA TAHU:


Pastikan anda tidak memberi sebarang ubat antihistamin kepada kanak-kanak bawah 2 tahun, atau
sebaiknya selagi anak tidak tahu membuang hingus sendiri. Ubat selsema / batuk tidak membantu bayi anda 

merawat dan mempunyai kesan sampingan yang buruk.Jika asma, Ubat jenis Salbutalmol syrup atau 


nebulizer, hanya boleh diambil jika paru-paru masih tidak dapat berfungsi dgn baik setelah melakukan 


semua kaedah yang disarankan di bawah nanti. 




Maksudnya, ubatan moden hanya benar-benar perlu sebagai jalan terakhir. harus diingat, ubat (drugs) cuma 

menghentikan sesuatu penyakit sekejap, tetapi dalam masa yang sama, jika terlalu bergantung dengan ubat 


atau jika diambil selalu, akan menyebabkan penyakit lain di dalam tubuh.




Elakkan pengambilan gula putih ketika diserang selsema batuk kerana GULA adalah MAKANAN 


VIRUS dan BAKTERIA yang boleh menyebabkan virus atau bakteria lebih aktif dan membiak.

Selsema atau batuk kebiasaannya berlaku disebabkan virus, jadi rawatan yang terbaik ialah 


dengan memakan makanan antiviral seperti bawang putih atau kunyit dan lainnya  . 

Antibiotik tidak diperlukan merawat penyakit disebabkan virus. Antibiotik hanya membunuh bakteria 

samada baik atau jahat. Selsema batuk yang mengeluarkan kahak jernih biasanya disebabkan virus, jika 


kuning, biasanya disebabkan bakteria beserta demam yang tinggi , susah bernafas dan sakit otot. Jika 


disebabkan bakteria, anda boleh mengambil probiotik.




Tapi, sekiranya sudah termakan antibiotik, perlu dihabiskan dan makan sekali dengan probiotik 


supaya bakteria baik kekal dalam badan.Lendir yang terlalu lama di tekak boleh menyebabkan masalah lain 


seperti tonsillitis, laryngitis, pharyngitis dan beberapa jangkitan di dalam paru-paru seperti acute bronchitis, 


pneumonia terutamanya bacterial pneumonia dan influenza pneumonia. Jika ada tanda-tanda jangkitan 


kepada penyakit ini, antibiotik boleh diambil beserta probiotik. 


PENAWAR:

1. Sup tulang atau bone broth atau sup ayam sebagai penawar (untuk anak 8 bulan ke atas setelah boleh 
memakan makanan drpd sumber protein i.e ayam) :
Cara masak : Rebusan tulang (rebus tulang with lots of onions, garlic sedikit halia dan bay leave) put in 
carrots, leaks and celery.

Note from Farah Rahim (kes anak tak mahu makan semasa sakit disebabkan virus)
Nak lawan virus kena lawan dengan protein. Virus "hirup" protein dr badan anak so dia kena makan high 
protein food. Butthe problem is selera tak ada, and body tak boleh nak digest food lebih2 so the highest protein in the form of liquid is bone broth. Dia hirup sup sahaja pun dah kira ok dah sebab semua dah meresap dalam stock tu. Give anak fresh 
juices as well. 

From food high in vitamin C like guava...papaya...also try and get some probiotics if u can. VCO pun bagus 
and body needs protein to produce white blood cells (antibody)

2. BAWANG PUTIH :
Buat minyak bawang putih untuk sapu pada dada anak 


NATURAL REMEDI

3. STOKIN BAWANG PUTIH / GARLIC SOCKS :

Juga boleh gunakan petua Garlic socks :

Letakkan bawang putih pada stokin anak. 

Caranya : Pakaikan anak stokin berlubang besar sedikit sprt jenis 

berkait atau yg berlubang- lubang, kemudian ambil sehelai lagi stokin masukkan bawang putih yg telah 


ditumbuk tidak perlu lumat, untuk bayi ambil separuh bawang putih dahulu ditakuti kaki anak terlalu 


kepanasan (tujuan guna 2 stokin berlapis adalah bagi mengelakkan tapak kaki bayi kemerahan sbb 


kepanasan bawang putih). Jika bayi tidak selesa, boleh gunakan shj minyak bawang putih yang telah dibuat 


sprt tips di atas, dan sapukan pada tapak kaki anak.

Untuk anak yg lebih dewasa, boleh guna sehelai stokin sahaja atau lekatkan sahaja bawang putih di tumit 

menggunakan handsaplast. Biar anak tidur semalaman begitu. Selalunya, nafas anak juga akan 


berbau bawang putih apabila bangun tidur. 

Tujuannya supaya bawang putih itu menyerap dalam kulit sebagai antivirus .

Garlic enters your system and heads straight for the lungs.Garlic is amazing for the lungs. This is a great way 

to fight bacterial infections. It also enhances your immune system and fights viruses at the same time

(Bawang putih yang terbaik merawat selsema batuk)

Untuk anak yang tidak tahan dengan bawang putih, boleh ganti dengan lemon socks (samada hiris lemon 

lekat di kaki pakaikan stokin atau rendam stokin dlm air lemon yg dicampur sedikit air paip, perah, 


pakaikan pada anak, jika stokin itu telah kering, celupkan lagi dalam air lemon dan pakaikan kembali)

*Semua penawar yang mahu digunakan perlu lakukan ujian pada kulit anak dahulu..oleskan sedikit bahan yg 


mahu digunakan, tunggu dalam setengah jam, lihat ada keradangan kulit atau tidak. Jika tidak boleh 

teruskan, jika ada sila hentikan. Kaedah ini dipanggil Patch Test. 



No comments:

Post a Comment