Search This Blog

Sunday 25 February 2018

Resepi Sotong Kangkung

Assalamualaikum 😀 hei korang menu apa dinner tadi?Liza dari tengahari layan gulai ikan.Anak makan sampai 4 pinggan.Nauzubillah pinya sedap agaknya.

Kebetulan hari ni husband balik kelas awal jadi memang plan dah nak makan sotong kangkung sama-sama.

Maka dinner kami jam 630pm makan sotong kangkung sudah lah.

Ada yang kata ini menu diet.Oh silap tu dik non..ini bukan menu diet tapi menu menjahanamkan diet ahkak.

Cis del betul la terikut hawa nafsu tekak selepas bertungkus lumus menyekat tekak ni fewww.Iman ahkak belum.kuat dik.


Dalam sotong kangkung ni ada kangkung,sotong rendam,kacang tanah,bijan,sos,kicap,gula melaka.

Nah ape kata korang buat sendiri.Tak payah makan kedai.Gila mahal beb.Jimat duit dapur laki korang kalau buat sendiri semuanya.

Sos dia tu buat extra korang boleh simpan dalam 1-2 minggu lah sebab tak ada pengawet kan.

Boleh sos tu guna makan yong tau fu ke,calit sengkuang ke,rojak buah ke ah ape ada hal ikut tekak masing-masing lah.

Tak payah nk protokol sangat.Zaman jimat duit ni semua kena jimat beb.

Nah amik resepi ni.Jangan kata sedap.sedap sedap je.Buat lah memenuhi impian tekak korang tu.

(Resepi Asal : kaknita~ jomknitamasak.blogspot.com)

Bahan A
1 ekor sotong kembang (dicuci bersih )
1 ikat kangkung(jiran sebelah bagi 😂😂)
3 keping fishcake (dipotong)
Air secukupnya
Sedikit minyak
Garam secukup rasa


Bahan B (Kuahnya)
*7 tangkai cili kering (kalu suka pedas boleh lebihkan)
*1/2 labu bawang besar
*3 ulas bawang putih
*1/2 sudu besar belacan
1/2 ketul gula melaka
1/2 cawan kicap Mudim (kaknita xletak garam)
1/2 cwn sos cili
3 sudu besar sos tomato ( atau sedikit air asam jawa-mana2 satu ye)
Kacang tanah dan bijan yg disangai secukupnya


Cara menyediakan :
1. Kacang tanah disangai dan ditumbuk separuh hancur.
2. Blend bahan B bertanda * sehingga halus
3. Cairkan gula melaka dgn 2cwn air mendidih
4. Masukkan bahan kisar biarkan mendidih lama sedikit , pastu masukkan sos cili,sos tomato,kicap   secukup rasa
5. Kacau sampai rata dan biarkan mendidih sehingga pekat.

Celurkan Bahan A :
1. Masukkan air dalam periuk dan panaskan hingga mendidih.
2. Masukkan sedikit garam dan minyak, celurkan kangkung sekejap dan toskan.
3. Celurkan fishcake sebentar dan toskan.
4. Celur/rebus pula sotong hingga masak dan toskan.
5. Potong2 semua . Tuangkan kuah keatsnya dan taburkan kacang dan bijan .

No comments:

Post a Comment