Search This Blog

Thursday 22 October 2020

Luruskan Niat

October 22, 2020 0 Comments
Ada seseorang yang memperlakukan Solat Dhuha seperti Solat Wajib. Alasannya kerana khuatir tidak mendapatkan rezeki.
Ada lagi pemuda yang tidak lepas Solat Dhuha setiap harinya demi mendapatkan bonus tempat di kerjanya. Sementara dirinya selalu tertidur disaat Solat Subuh.

Di tempat yang berbeza ada yang mengukur banyaknya Tahajjud yang dilakukan dengan kejayaan.

Ada yang begitu banyak bersedekah tetapi demi mendapatkan cash back di tiap usahanya.
Seorang Tabi'in yang banyak berinteraksi dengan sahabat pernah ditanya, apakah surah didalam Qur'an yang paling sering membuat Para Sahabat menangis ?

Lalu dijawab : "Surah HUD."

Kemudian ditanyakan lagi ayat berapakah dari Surah tersebut yang membuat Para Sahabat menangis ?

Dan dijawab : "Ayat 15 - 16."
Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman:;

"Barang siapa menghendaki kehidupan dunia dan perhiasannya, pasti Kami berikan (balasan) penuh atas pekerjaan mereka di dunia (dengan sempurna) dan mereka di dunia tidak akan dirugikan."⁣

"Itulah orang-orang yang tidak memperoleh (sesuatu) di akhirat 
kecuali neraka, dan sia-sialah di sana apa yang telah mereka usahakan (di dunia) dan terhapuslah apa yang telah mereka kerjakan."⁣
(QS. Hud : Ayat 15-16)⁣
Inilah alasan kenapa Abdurahman bin Auf sering menangis ketika mendapatkan kenikmatan duniawi. 

Sahabat yang mulia ini khuatir bila kenikmatan di dunia saat ini merupakan nikmat akhirat yang disegerakan. Hingga kelak di akhirat tidak didapatkan lagi nikmat-nikmat itu.
Luruskan lagi niat-niat kita.

Dhuha kita jangan diukur dengan bertambahnya rezeki,
Tahajjud kita jangan diukur dengan majunya bisness kita,
Sedekah kita jangan diukur dengan mewahnya rumah dan kenderaan.
Ukurlah diri kita dengan Para Sahabat Nabi saw yang mulia.

Seberapa bagus Dhuha, Tahajjud, dan Sedekah mereka dibanding kita ?

Sementara mereka banyak juga yang tidak hidup dalam kemewahan.⁣

Seperti AMIRUL MUKMININ UMAR BIN KHATTAB ra.

Kalau ukuran kejayaan semua kerana banyaknya Dhuha, Tahajjud dan Sedekah, maka tentulah orang-orang kafir tak ada yang berjaya.
Luruskan Niat...


Niatkan Dhuha sebagai sedekah untuk 360 ruas sendi kita,
Niatkan Tahajjud sebagai ibadah tambahan menutup yang kekurangan,
Niatkan sedekah kita untuk memadamkan segala sifat-sifat buruk didalam diri kita.

Pesan Guru saya, Allahyarham Haji Rosli,Siroon;

"Kalau pun kita pandai, janganlah dicakapkan sangat, Kalau pun kita berani, janganlah ditunjukkan sangat, Kalau pun kita penakut, janganlah dinampakkan sangat, Kalau pun kita bodoh, janganlah diterangkan sangat, Kalau pun kita kaya, janganlah dihebohkan sangat, Kalau pun kita miskin, janganlah diketarakan sangat, IKHLASkan hidup hanya Allah swt."

"Salah satu sebab seseorang itu tidak mendapat hidayah daripada Allah swt kerana dia suka memuji dirinya sendiri."

- Al-Imam Al-Ghazali Rahimahullah ta'ala.

#JomSebarkanKebaikan
#tazkirahati
#shakleesungaipetani
#insafdiri
#copy

Wednesday 21 October 2020

Alfalfa Jamu Moden

October 21, 2020 0 Comments
Alfalfa ni ramai orang panggil JAMU MODEN .Ramai yg memuji kebaikan Alfalfa ni😊 Meh nak bagitau apa kebaikan alfalfa shaklee ni 👇

Perempuan dan lelaki boleh makan😊

🌹 Membantu melawaskan pembuangan
🌹Mencuci darah
🌹Sesuai utk sesapa yang ada alergi (resdung, bau badan)
🌹Mencantikkan kulit
🌹Tiada lagi masalah perut buncit
🌹Sesuai untuk set kesuburan
🌹Mengecutkan rahim bagi wanita baru bersalin
🌹Meningkatkan penghasilan susu ibu
🌹Mengurangkan masalah keputihan
🌹Melancarkan peredaran darah




#shaklee #shakleemalaysia #shakleeeffect   #alfafashaklee #jamumoden #wanita

Monday 24 August 2020

Atasi Masalah Rambut Beruban

August 24, 2020 0 Comments

Kurangkan Masalah Uban Dengan Shaklee

Okey rasa macam wajib share pasal uban ni dan search for more info. Nak tahu kenapa? Sebab saya ada uban dah, sobs... Tapi tak banyak, 2-3 camtu je dan tak nampak jelas pon. Sadis jugak ni, kena start amik supplement untuk kurangkan uban tu, tak nak nampak tua sebelum usia. uwaaaa! Okay sebelum tu jom kita baca dulu info general pasal uban ni.
---------------------------------

Bagaimana terjadinya uban?

Uban terjadi apabila ada gangguan pada sintesis protein dibahagian kulit rambut kepala. Dibawah kulit (skin eprdermis) ada satu sel yang dinama sel melanocyte yang berfungsi untuk menghasilkan pigment melanin, melanin adalah satu protein/bahan yang memberikan kulit dan rambut menjadi warna asal/semulajadi. Melanin juga memberikan warna kepada iris mata dan bulu. Dalam manusia, mereka yang mempunyai rambut dan kulit hitam dikatakan mempunyai pigment melanin yang tinggi.
--------------------------------
Ada 3 faktor yang boleh menyebabkan terjadinya uban:

1- Uban boleh terjadi disebabkan keturunan atau genetik, ini bermaksud sudah ada gen dalam diri seseorang individu yang diwarisi daripada ibu atau bapa. Faktor ini tidak boleh diubah dan mereka kena bersedia menerimanya. Ini kerana pigmen melanin yang dibawah kulit akan kurang secara beransur-ansur berserta dengan peningkatan umur, mereka yang berketurunan/or membawa faktor genetik lazimnya akan ada uban pada awal usia remaja.

**Dalam kes saya, bila direnung-renungkan, saya beruban atas faktor keturunan dan genetik.

2- Gaya hidup ataupun life style sesetengah individu dimana faktor ini meransang terjadi uban dengan lebih cepat dari yang sepatutnya. Kurangnya pengambilan gizi makanan yang seimbang juga menyumbang kepada faktor terjadinya uban ini. Vitamin A dan juga serat amat penting untuk memastikan sel-sel kulit terutamanya melanin untuk terus menjalankan fungsinya. Tabiat merokok, minum alkohol dan juga stress antara faktor yang dikenalpasti menyumbang kepada tumbuh uban.

3- Umur adalah faktor yang normal, mereka yang berumur dalam lingkungan 45-50 tahun akan mengalami masalah uban, pada usia sebegini uban tumbuh merupakan perkara biasa. Ini kerana diusia ini sel-sel melanin mula merosot dan dan juga kulit mengalami proses penuan.
-------------------------------
Langkah cadangan untuk mengatasi masalah uban:

1- Pengambilan nutrisi pemakanan perlu seimbang. Pilih makanan berprotein tinggi untuk memastikan sistem pembinaan sel berlaku secara efisen. Buah-buahan dan sayuran juga perlu untuk memelihara dan memastian tubuh kita sihat.

2- Bersukan secara berkala ataupun berjadual boleh melambatkan uban. perpeluhan ini menunjukan tubuh dan sel-sel dibawah kulit i.e kelenjer sebum/lemak tidak tersumbat.

3- Dan yang paling penting ialah hidup mesti sentiasa ceria dan jauhi stress. Stress menyebabkan perasaan dan aliran emosi terganggu dan ini menyebabkan hidup tidak teratur dan muka yang masam. Langsung membantutkan sistem normal badan kita.
-------------------------------------
CARA ATASI MASALAH UBAN DENGAN SUPPLEMENT SHAKLEE

1- B COMPLEX SHAKLEE.

Salah satu nya jika diperhatikan, kekurangan vitamin B amat dititik beratkan dalam masalah rambut beruban, Kenapa vitamin B, dan vitamin B yg bagaimana diperlukan?? sila la pilih vitamin B yg mengandungi 8 vitamin yg lengkap dengan biotin. kenapa biotin? B7 (Biotin) sangat berkait rapat dan penting untuk rambut. Biotin digunakan untuk menghasilkan keratin dan mengatasi masalah keguguran rambut. Ia juga berfungsi mengawal rambut beruban.

Akibat dari kekurangan Biotin :
  • Rambut Gugur
  • Rambut kering dan Kasar
  • Rambut Kusam
Selain Biotin.. ada lagi 4 vitamin B di dalam B complex yg membantu dalam masalah rambut gugur dan Beruban.
  • Vitamin B5 (Pantotenik)- Jika tidak mahu rambut beruban inilah nutrisinya selain untuk mengatasi rambut gugur.
  • Vitamin B6 (Piridoksin)- Untuk mengelak rambut dari gugur dan penghasilkan melanin untuk elak rambut dari beruban.
  • Vitamin B12 (kobalamin)- Mengatasi masalah rambut gugur.
  • Vitamin B3 (Niasin)- Ia berguna untuk memperbaiki aliran darah pada kulit kepala.

2- ZINC 
  • Membentuk kolagen - zink membantu pembentukan protein dan kolagen untuk pertumbuhan dan perkembangan kuku, kulit dan organ.
  • Mengurangkan masalah rambut gugur/uban sebelum waktunya.

3- ESP 
  • ESP mengandungi 9 ASID AMINO PENTING. 
  • Asid amino penting untuk membina otot, rambut, kuku, darah, organ, kulit dan lain-lain. 
  • Selain itu, ESP juga membantu meremajakan kulit iaitu dengan merangsang pembentukan semula sel kulit dan otot, mengurangkan kedutan, agen anti penuaan, mengembalikan radian kulit dan kepejalan otot, mempercepatkan sembuhan luka dam mengurangkan kesan parut. 
  • Pengambilan yang kerap dan konsisten adalah kunci kepada awet muda. 
  • Jadi Esp adalah pilihan terbaik untuk mereka yang NAK AWET MUDA.

4- VITALEA - ELEMEN PENTING PADA SEL TUBUH
  • Menyediakan asas nutrisi
  • Memastikan sel hidup
  • Pertumbuhan sel baru
  • Membantu proses pembesaran
  • Pertumbuhan rambut, otot, kulit, kuku dan hormon
  • Menjaga kesihatan tiriod
-----------------------------------
So nampaknya saya kena continue balik consume B Complex dan Zinc. Dulu memang dah consume tapi bila masalah rambut gugur dah okay, saya stop 2 ni. Hihi. So kena konsisten balik. 2 produk ni murah je, dan tahan untuk 4bulan. Vitalea dan ESP memang saya consume hari2. Kalau ada bajet besar, boleh terus cuba VIVIX.

♥ ♥ ♥ ♥ ♥

Friday 3 July 2020

Cara Selesaikan Masalah Anemia

July 03, 2020 0 Comments
Nak share testimoni team mate yang dulunya ada masalah Anemia kronik.

Akak zuraihan manas
Fb Zuraihan manas
Umur 46 tahun
Dah tua baru jumpa shaklee rugi sungguh😅

Kak zu sebelum jumpa dengan shaklee, sinonim dengan Anemia yang sangat kronik hb selesa paling tinggi pun 7,tak pernah nak capai 10 keatas,
2017  k. Zu warded selama dua minggu disebabkan Anemia, masa tuh hb k. Zu 4.0,
Sangat2 teruk hingga Doktor cepat2 masuk kan darah
Bertukus lumus pulak doktor2 duk cari darah jenis O positif
Alhamdulillah mujur lah Ada 2 bag darah jenis O
Selama dua minggu Alhamdulillah setel masuk darah sebnyak 5 bag

Keluar wad setiap Tiga bulan kena jumpa pakar 
Berulang alik ke HSNZ Kuala terengganu

Masa tuh Allah izinkan jumpa upline Nurasyikin yang memang duk buat bisnes Shaklee dah, Syikin offer set Anemia
Tapi untuk permulaan tak beli sepenuh nya set anemia 
Permulaan ambik  vita lea iron, vita c 
Bila makan dengan Istiqamah Alhamdulillah hb pun mula naik dari 6 kepada 8 
Tambah sepenuh nya set Anemia shaklee 
Tanpa ubat kkm, Alhamdulillah kini sihat sepenuh nya
Bebas Anemia, muka pun dah tak Ada pucat lesi 
Dah sihat segar bugar 😅 Shaklee Effect memang power Sangat2 
Alhamdulillah Syukur 

Mekasih upline Syikin memoerkenalkan nutrisi shaklee 😅

Korang yang ada masalah Anemia jangan tunggu tau.Amik vitamin ni sangat baik untuk.kesihatan 


Sunday 17 May 2020

Kenali Pengasas Shaklee

May 17, 2020 0 Comments

Kenali lebih rapat siapa Pengasas Syarikat Shaklee:

1- Syarikat Shaklee diasaskan oleh Dr. Forrest C. Shaklee  pada tahun 1956 ketika beliau berusia 61 tahun.

2- Dr. Forrest C. Shaklee lahir pada bulan November 1894 di Carlisle, Iowa.

3- Mempunyai seorang abang Ralph yang lahir pada tahun 1889, dan seorang adik perempuan Cecily yang lahir pada tahun 1897.

4- Semasa beliau dilahirkan , beliau disahkan mengidap Tuberculosis ( batuk kering ). Waktu tu, penyakit TB tiada ubat, sama seperti penyakit kusta. Dan perlu dibuat pengasingan atau kuarantin

5- Doktor meramalkan beliau hanya boleh hidup sehingga berumur 8 tahun sahaja.

6- Punca penyakit beliau adalah disebabkan persekitaran tempat tinggal beliau di Iowa yang berdebu, kotor & tercemar (Iowa adalah bandar perlombongan arang batu).

7- Ketika dilahirkan, beliau tidak menunjukkan tanda-tanda untuk hidup. Berulang kali beliau terpaksa dibantu dgn bantuan pernafasan sehingga pakar yg merawat berkata:

" The case is hopeless. This baby cannot be expected to live long. His short life will be living death"

8- Tetapi ibu & ayah Shaklee tidak berputus asa. Mereka kemudian berpindah ke utara Iowa kerana mereka percaya, rawatan terbaik untuk batuk kering adalah Udara yang bersih & rehat yang mencukupi.

9- Dr Shaklee diberikan diet makanan semulajadi daripada tumbuh-tumbuhan dan herba. Tanpa bergantung pada hospital atau ubat-ubatan.

10- Inilah zaman pemulihan beliau. Hidup berharmoni dengan alam menjadi satu cara hidup dalam pembesaran beliau.

11- Ibu & ayah Shaklee tidak boleh menerima pendapat doktor bahawa anak mereka akan mati. Bagi mereka, selagi Shaklee bernafas, beliau mempunyai harapan untuk hidup.

12- Dan akhirnya pada umur 4 tahun, beliau boleh duduk dengan sendirinya!

13- Selama 10 tahun Shaklee meluangkan masa dengan berehat dan memerhati alam sekitar & haiwan.

Quotes yang sangat digemari Shaklee:

" Animal watch for for the signals and listen to the voice of nature, while men have forgotten how to read or listen to them."

14- Shaklee mula berfikir kenapa beliau boleh sihat dan hidup lagi sedangkan doktor kata dia tidak dapat hidup lama. Kerana keyakinan & kesungguhan ibu ayah beliau yg percaya dgn kuasa penyembuhan semulajadi.

Beliau melihat, bagaimana Ibunya menggabungkan banyak herba terpilih ke dalam pemakanan beliau. Ibunya juga turut mengurut seluruh badan kecil Shaklee berulang kali dengan minyak dan ramuan herba.

15- Dari sini, timbul minat Shaklee terhadap ilmu sains Chiropractic. Beliau yakin, manusia boleh dirawat dengan kaedah semulajadi.

" Living in Harmony with Nature® ".

Sains dan alam semulajadi mampu digabungkan untuk menjadi penawar terbaik untuk kesihatan manusia.

16- Shaklee kemudian mendaftar masuk ke Palmer School of Chiropractic yang diketuai oleh B.J. Palmer. Walaupun beliau mengagumi Palmer, beliau kurang bersetuju dengan pendapat Palmer yang merasakan chiropractic adalah satu-satunya rawatan untuk penyakit fizikal. Beliau percaya perlunya ada sistem yang lebih menyeluruh untuk memelihara kesihatan badan.

17- Sewaktu menjadi Chiropractic Practitioner, minat beliau terhadap nutrisi bercambah. Beliau banyak membaca tentang biochemist dan kajian-kajian saintifik terbaru tentang kepentingan nutrisi.

18- Pada tahun 1915, beliau telah berjaya mencipta suplemen pertama di dunia dalam bentuk makanan yang beliau namakan “Vitalized Minerals” yang sekarang dikenali sebagai Vitalea (means sebelum syarikat Shaklee tertubuh, Vitalea telah wujud. And it's already 105 years tercipta!).

#Note: Asal usul perkataan "vitamin" adalah dari VITAlized MINerals. Ia mengikut huruf yg awal setiap perkataan. Vitalea adalah multivitamin pertama didunia. Dan ianya hasil ciptaan dari Dr Forrest C Shaklee pada usia 21 tahun.

19- Pada tahun 1917, Shaklee berpindah ke Fort Dodge, Iowa dan membuka sebuah pusat rawatan alternatif yang mempunyai 15 katil pesakit dan 32 bilik rawatan. Pusat rawatan tersebut bukan saja terdiri daripada Chiropractors, malah Osteopaths, Internist dan juga pakar bedah. Pesakit-pesakit di pusat rawatan tersebut diberikan diet yang kaya dengan vitamin sebagai salah satu usaha penyembuhan. Pusat rawatan beliau akhirnya semakin hari semakin maju.

20- DR FORREST DIUJI DENGAN KANSER - ketika menguruskan pusat rawatan beliau, Shaklee juga menghabiskan banyak masa untuk mempelajari tentang bidang baru pada waktu tersebut, iaitu X-ray diagnosis. Pada waktu tersebut, bahaya pendedahan terhadap sinaran X masih belum diketahui. Pada tahun 1921, beliau merasa bimbang dengan kesakitan yang beliau alami di pinggul kanan dan bahu kiri beliau

21- Shaklee akhirnya berjumpa dengan seorang pakar kanser di Chicago yang mengesahkan sakit tersebut berpunca daripada kanser. Pakar tersebut percaya sel kanser tersebut boleh disekat sekiranya lengan kiri dan kaki beliau dipotong (amputated). Forrest Shaklee mendapatkan pandangan kedua dari Mayo Clinic di Rochester yang juga mengesahkan beliau menghidap kanser.

22- Pada waktu tersebut, kerjaya beliau sebagai seorang doktor muda sedang melonjak naik. Beliau juga mempunyai seorang isteri yang mengandung dan seorang anak. Beliau tidak dapat menerima keputusan bahawa beliau terpaksa ‘dikudungkan’.

Beliau memberitahu isterinya, “Saya akan hidup. Saya akan sembuh. Saya pasti boleh melakukannya.”. Beliau percaya beliau boleh bergantung dengan kuasa penyembuhan secara semulajadi.

23- Shaklee MELAWAN KANSER DENGAN CARA SEMULAJADI melalui nutrisi, membuat analisa darah secara kerap dan juga berpuasa. Beliau hanya makan buah dan sayur yang segar serta mengambil suplemen dalam kuantiti yang tinggi.

Pada mulanya, kanser beliau tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda positif namun beliau tidak berputus asa. Beliau percaya, penyembuhan akan berlaku sekiranya beliau terus berfikiran positf dan juga mengambil nutrisi yang lengkap untuk badan beliau.

24- Pada penghujung tahun 1922, kanser beliau semakin sembuh. Kesihatan dan tenaga beliau juga semakin pulih. Beliau masih hidup. Ini menyebabkan beliau semakin yakin bahawa pendapat beliau tentang nutrisi adalah benar. Sel-sel sihat dalam badan beliau telah berjaya mengalahkan sel kanser. Beliau juga percaya bahawa nutrisi yang bagus boleh membantu orang lain untuk turut sihat.

25- Pada tahun 1924, Forrest Shaklee sekali lagi membuka pusat rawatan. Kali ini, beliau menggunakan formulasi makanan tambahan  (suplemen) yang dipakejkan oleh beliau dan diberikan kepada pesakit.

26- Malang tidak berbau. Beliau sekali lagi diuji pada tahun 1929 apabila pusat rawatan beliau terbakar dan memusnahkan semua rekod beliau. Semuanya musnah kecuali sebuah buku inspirasi daripada Elbert Hubbard bertajuk Little Journeys to The Homes of the Great. Satu bahagian dalam buku tersebut berbunyi,

“When all else is destroyed, only the product of the mind exists.”.

27- Walaupun beliau mempunyai minat yang pelbagai, Shaklee membuat keputusan untuk menumpukan perhatian kepada kajian tentang nutrisi. Beliau memilih untuk fokus kepada membina tubuh yang sihat berbanding merawat orang yang telah sakit. Beliau berpindah Eugune, Oregon dan kemudiannya ke Oakland, California.

28- Selain daripada membuat kajian tentang nutrisi, beliau juga banyak memberikan syarahan umum dan mendapat dua ijazah kehormat; Profesor of Chiropractic dan Doktor of Naturopathy. Pada tahun 1935, beliau mula mengajar biochemistry di California Chiropractic College.

29- Beliau bersara pada tahun 1943 dan mula menulis artikel tentang kuasa minda dan penyembuhan dan kesihatan badan pada tahun 1945. Falsafah dan ideologi beliau sepanjang sejak kecil adalah pada kuasa alam (the power of nature). Dua tahun kemudian (1947), beliau menubuhkan The Shaklee Foundation dan menamakan falsafah beliau sebagai “Thoughtmanship” (copyrighted).

30- Beliau telah menulis dan menerbitkan empat jilid tentang Thoughmanship. Ini menyebabkan beliau dianugerahkan Doctorate in Philosophy daripada Commonwealth University, Los Angeles. Banyak siri syarahan beliau dimainkan di corong radio di San Francisco dan Oakland

31- PENUBUHAN SHAKLEE CORPORATION - pada penghujung tahun 1955, pada usia 62 tahun, Forrest Shaklee memberitahu anaknya, Forrest Jr. dan Lee bahawa beliau ingin melakukan sesuatu yang boleh memberikan impak terhadap kesedaran masyarakat tentang kepentangan nutrisi dan supplement. Beliau ingin memulakan bisnes mengedarkan supplement.

32- Enam bulan kemudian, tanggal 1 April 1956, Shaklee Corporation ditubuhkan. Pada waktu tersebut, Shaklee percaya bahawa negara America adalah the best fed nation. Ini menyebabkan mereka perlu meyakinkan setiap pembeli tentang kepentingan suplemen terlebih dahulu.

33- Untuk memastikan pengetahuan tentang kepentingan supplement , Dr. Shaklee memberitahu anaknya,

“Kita akan ajar beberapa orang, dan beberapa orang ini akan mengajarkan kepada yang lain”.

"Teach Others To Teach Others"

34- Dengan pelbagai kajian, kerja keras dan komitmen yang tidak berbelah bahagi, akhirnya keluarga Shaklee telah berjaya menjadi pioneer kpd konsep direct selling untuk produk suplemen. (Dan kemudian konsep ini menjadi satu fenomena pada hari ini & diikuti oleh banyak company2 direct selling yg lain).

Semuanya bermula dengan keyakinan Dr. Shaklee tentang kuasa penyembuhan dan falsafah “Thoughtmanship” beliau.

35- Keluarga shaklee menubuhkan syarikat mereka bukan untuk mendapatkan keuntungan yang banyak tetapi lebih untuk membantu orang hidup dengan lebih sihat.

36- Syarikat Shaklee berpegang kpd 2 asas:

PERTAMA:

Dr Shaklee mahu setiap produk mereka mesti menjadi yang terbaik seumpanya dan memenuhi keperluan sebenar, bukan hanya diletak di atas rak.

KEDUA:

Beliau tahu perbualan secara peribadi adalah cara terbaik untuk menerangkan faedah kesihatan dengan cara pencegahan.

Dr Shaklee percaya dgn konsep:

"We teach few people, and the people will teach few more"

Dr Forrest Shaklee tak nak produk Shaklee dijual secara retail.

Dia nak, produk Shaklee disampaikan heart-to-heart, one person to another.

Perlu ada good consultation, perlu ada good explanation.

Dr Forrest Shaklee nak, ilmu nutrisi ini disebarkan ke seluruh Dunia

Ye, supaya people aware ttg Nutrisi dan bagaimana Nutrisi yg tepat, dapat membantu menghalang penyakit.

Dr Shaklee tak mampu nak ajar semua orang, sebab tu, dia come out dgn bisness method iaitu multi level marketing.

" Kita akan mengajar beberapa dan mereka akan mengajar orang lain untuk mengajar orang dan untuk mengajar orang lain."

Jadi orang-orang Shaklee menyampaikan kebaikan supplement dengan cara bercakap dengan orang di serata California, bertempat di stesen kereta kuda Plymouth sebagai pusat pengedaran mereka.

Mereka bercakap, orang mendengar dan memberitahu orang lain.

Walaupun tanpa "jurujual" yang formal, mesejnya tersebar luas.

Pasukan bapa dan anak ini telah mencipta beratus ribu pergerakkan akar umbi dan melahirkan sebuah syarikat yang hari ini bernilai USD$ 500 JUTA.

37- Pada tahun 2004, Billionaire Roger Barnett mengambil alih syarikat Shaklee (setelah 48 tahun) apabila melihat bagaimana produk Shaklee membantu kesihatan anak lelaki sulong mereka yang sembuh dari asma setelah mereka bertukar kpd produk Shaklee.

Kredit :asilahbakri

Tuesday 12 May 2020

Fungsi Lecithin Shaklee

May 12, 2020 0 Comments

Lecithin dikenali sebagai pengemulsi semula jadi yang berupaya menguraikan lemak menjadi molekul-molekul kecil untuk penghadaman. Jom tengok fungsi Lecithin Shaklee dan bagaimana ia bertindak menyedut lemak dalam badan.

Apakah Lecithin?

Lecithin adalah sejenis molekul lemak (phosphatidylcholine) yang terdiri daripada inositol dan choline yang terdapat dalam sel hidup. Ia disebut sebagai bermanfaat untuk banyak penyakit, termasuk masalah pundi hempedu, penurunan memori yang berkaitan dengan Alzheimer dan melegakan arthritis, menurut Vanderbilt University.

Badan kita menghasilkan phosphatidylcholine dari choline, tetapi choline mesti berasal dari sumber makanan, seperti daging tanpa lemak, ayam, ikan, soya, produk tenusu dan telur.

Fungsi Lecithin Shaklee

1. Lecithin Sebagai Pengemulsi Lemak Semulajadi

Fungsi Lecithin Shaklee adalah sebagai pengemulsi semulajadi yang bertindak menarik lemak di dalam air seterusnya membantu membuang sebahagian lemak makanan yang tidak diingini melalui proses penghadaman.

Fungsi Lecithin Shaklee Dan Bagaimana Ia Bertindak

2. Fungsi Lecithin Shaklee Mengawal Sebahagian Kolesterol Dan Lemak

Fungsi Lecithin Shaklee adalah mengawal sebahagian kolesterol dan lemak dalam sistem kardiovaskular daripada melekat pada dinding arteri.

Lecithin adalah fosfolipid utama yang beredar dalam plasma, menjadi komponen integral dari kolesterol HDL iaitu kolestrol baik.

Komponen utama Lecithin iaitu choline, membantu mencerna lemak, memindahkan buangan dan nutrien masuk dan keluar dari sel dan mengekalkan fungsi penting tubuh, menurut Huntington College of Health Sciences.

Fungsi Lecithin Shaklee Dan Bagaimana Ia Bertindak

3. Fungsi Lecithin Shaklee Membantu Fungsi Sel Tubuh

Lecithin terdapat pada membran-membran sel, memastikan fungsi sel normal dan penting untuk mengangkut kolesterol dengan selamat melalui aliran darah.

Phosphatidylcholines adalah kumpulan phosopholipids yang juga mengandungi choline. Phospholipid terlibat dalam lipid bilayer sel, mengawal selia nutrien yang boleh masuk dan keluar dari sel. Di samping itu, choline terlibat dalam penghasilan acetylcholine, iaitu sejenis neurotransmitter.

Inositol adalah karbohidrat yang juga terlibat dalam isyarat sel, khususnya untuk isyarat  penghasilan insulin dan juga boleh terlibat dalam ekspresi gen.

Tahukah Anda? 
Akademi Sains Kebangsaan menetapkan bahawa kolina penting dalam pemakanan kerana Lecithin adalah bahan larut lemak yang dipanggil fosfolipid, yang terdiri daripada kolina dan inositol, dan ia boleh ditemui dalam semua sel hidup. Kedua-duanya merupakan komponen utama sel membran, yang mengawal aliran nutrien ke dalam dan ke luar sel.

4. Lecithin Membantu Penyakit Hati Berlemak

Hati kita menggunakan Lecithin dari makanan untuk membawa choline ini ke seluruh badan melalui sistem peredaran darah. Dalam ujian haiwan, kolin juga dilihat melindungi hati daripada penyakit hati berlemak.

5. Lecithin Untuk Minda Yang Cergas

Lecithin juga ditukar menjadi asetilkolina di dalam tubuh anda, yang diperlukan untuk membantu mengekalkan tubuh yang sihat.

Fungsi Lecithin Shaklee Dan Bagaimana Ia Bertindak

Fungsi Lecithin Shaklee, untuk sistem saraf, menghasilkan asetilkolina, yang memainkan peranan penting dalam pembentukan dan kecergasan otak, tidur, ingatan dan pembelajaran. Lecithin biasanya merupakan fosfolipid paling banyak di kedua-dua sel tumbuhan dan haiwan. Ia boleh membentuk hampir 50% daripada jumlah kandungan phospholipid.

Lecithin Shaklee – Lemak Sihat Yang Anda Perlukan

  1. Menguraikan lemak menjadi molekul-molekul kecil untuk penghadaman. Lecithin Shaklee diambil bersama makanan untuk membantu  proses penghadaman lemak.
  2. Lecithin ditukar menjadi asetilkolina yang diperlukan untuk mengekalkan tubuh yang sihat dan meningkatkan kecergasan otak
  3. Menggalakkan penggunaan lemak sebagai tenaga, meningkatkan metabolisma seterusnya membantu mereka yang nak kurus.

Fungsi Lecithin Shaklee Dan Bagaimana Ia Bertindak

Keistimewaan Shaklee

Shaklee Lecithin diperbuat menggunakan sumber semula jadi daripada kacang soya non-GMO.

Harga Lecithin Shaklee

Sebotol ada 180 biji. Sebiji hanya 30 sen. Tetapi khasiatnya sangat besar. Walaupun murah, tak semestinya ia kurang kualiti tau. Ia merupakan pemecah lemak yang magic. Sape nak kurus, nak slim, nak otak cergas namun ada limited budget, boleh cuba lecithin Shaklee.