Search This Blog

Monday 18 August 2014

Cara buat Air Selusuh



Assalamualaikum
Bismillah..petang-petang ni nak share dengan semua cara saya dan suami buat air selusuh masa time nak bersalin dulu.

Kami gunakan air zamzam 500ml boleh beli kat kedai yang jual kitab atau kedai arab yang jual sejadah atau kedai barangan haji dan umrah.

Dulu masa anak 1st saya pun tak tahu tentang air selusuh ni..Mak suruh bidan kampung yang buat.Tapi lepas tue rasa macam tak syok la..apa la yang bidan tue baca saya pun tak dengar.Tah jampi serapah ape laagaknye.

Lastly gugel punye gugel terjumpa la cara nak buat sendiri.Dan ustaz pun kata lebih afdhal suami yang buat kan.

Pada anda yang suami tak berapa lancar nak bacakan surah2 kat bawah ni ..so bacalah sendiri.Buat selepas solat,dalam keadaan berada ditikar sembahyang dan berwuduk.

Bacakan perlahan-lahan sambil hati niatkan untuk diri sendiri(kalau sendiri baca)niat untuk isteri jika suami yang bacakan.

Last sekali..kalau baca sendiri past kan botol air tue pada suami minta dia doakan agar dipermudahkan bersalin nanti.

Tak perlu bahasa arab pun tak pe..yang penting niat dan ikhlas.



  1. Beristighfar 3 kali
  2. Menghadiahkan bacaan kepada Nabi Muhammad S.A.W,para sahabt dan para pengikutnya.
  3. AL- Fatihah 1 kali.
  4. Selawat 11 kali.
  5. Alam Nasyrah 7 kali.
  6. Al-Ikhlas 3 kali.
  7. Al-Falaq 3 kali.
  8. An Nas 3 kali.
  9. Al-Fatihah 1 kali. Kemudian doa apa yang dihajati.



DOA SELUSUH....terjemahannya
" YA ALLAH, DENGAN HAK MARYAM, JUGA HAK HAMBA YANG DITURUNKAN

KEPADANYA SURAH MARYAM,

RINGANKANLAH DARIPADANYA ( sebut nama pesakit dan nama ibunya ) PENDERITAAN BERSALIN,

DENGAN RAHMATMU WAHAI TUHAN YANG AMAT MENGASIHANI DARI SEGALA-GALANYA.
 

DOA PEMUDAH....terjemahannya
" YA ALLAH, PERMUDAHKANLAH DAN JANGAN KAU SUKARKAN KERANA ENGKAULAH

YANG MAHA MEMUDAHKAN, SEGALA YANG SUSAH ADALAH MUDAH BAGIMU, YA ALLAH, 
SEMPURNAKANLAH DENGAN KEBAIKAN “.


Sharing is caring.Pada anda semua boleh la panjangkan ilmu ni yer,selamat bersalin...

Salam sayang,
Liza

No comments:

Post a Comment